Friday, August 12, 2011

lelaki adalah pelindung wanita atau menyusahkan?

pehal pulak aku letak gmbr die ni..haha... =)



aku sentiasa terfikir...kenapa la lelaki tidak cukup untuk memilih hanya satu isteri yg dijadikan suri hidup dihatinya hingga akhir hayatnya.. kenapa perlu memilih dua, tiga, smpai ke empat isteri... tamak sgt...
sebagai contoh.. bila aku tgk cerita TAHAJJUD CINTA... seorang yg kononnya dianggap ustaz yg menjaga zahir dan batin isterinya, padahal diorang2 yg aku anggap sgt bodoh itu adalah hamba nafsu kpd syaitan yg berupa ustaz tu..
wahai wanita2!!fikirlah dlu sebelum sanggup menerima seorang lelaki yg sudah beristeri.. kau xfikir ke sang lelaki tu menyusahkan hidup kau!bodoh betul la... aku xfikir kalau lelaki yg sanggup menikahi lebih dari satu isteri dia boleh menyintai isterinya 100% melainkan hanyalah menjadikan isterinya sebagai hamba abdi di dunia dan jawab lah kau lelaki di akhirat nnt... kau igt senang ke nak membahagikan segala kasih syg dan segalanya dengan adil dan saksama.. Allah tetap akan mengukur setiap inci tahap keadilanmu sang lelaki!

Contoh terdekat... beberapa hari sebelum ni aku menerima panggilan daripada seorang lelaki yg pernah muncul dlm hidupku suatu masa dulu.. dan sekarang ni dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yg mungkin berumur beberapa bulan...
lepas call, msg pulak...


(bukti kebuayaan lelaki yg xpernah rasa cukup kasih sayang yg isteri diorang berikan.. lantak la kalau kau terbaca blog aku ni.. etlis kau boleh fikir..)


"gaduh ngn bini ke cari kekasih lama?"

"he2 xlah.xgduh pn.rumahtga bhagia la.. sj tringt keksh lama..he2"

"haha!"

"xrndu kt sy ke"

"gile?!"

"he2 manala tau sy teka kot2 kena ke"

"xde maknanya.."

"he2..msti mkn tembam da kan kasih sy ni"

"gile awk ni.. sory,sy xlayan laki org..haha"



aku saje la cucuk angin dia lepas tu....


"nyesal la tu xnikoh ngn sy.hahaha"

"awk la nyesal xnikah ngan sy.he2"

"eh kite pulak..tu la lorat sgt nk nikoh..haha"

"he2 tp sy xnyesal pn nikah cpt2. kan blh tmbh lg"

"gile!!!!!!!"

walaupun terlalu privacy utk aku paparkan kt blog tp xpelah..aku just nk tunjuk kt dunia bahawa inilah lelaki.. dh elok bahagia ngn bini.. masih lagi teringat perempuan lain.. dan kalau perempuan tu xtahan godaan sang lelaki..maka tercetuslah perbalahan dikalangan wanita2 hanya disebabkan lelaki durjana yg xpernah bersyukur!

14 comments:

nahwanz said...

bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

:)
sharing yang bermanfaat.

namun ada baiknya, jika mahu pendapat kedua:

-anda JANGAN membalas sms atau putuskan hubungan dgn dia, walaupun dia kawan yg baik.

sebab dalam islam cuma ada 3 ketagori status org:
1. bujang
2. bertunang
3. berkahwin.

sekiranya bujang, bujang sebujang2nya, tidak ada istilah kawan lelaki, sbb islam tidak mengenali hubungan sebegitu. sila kecualikan hubungan dgn lelaki cthnya jika lelaki bukan mahram dalam hidup anda adalah seperti:

1. supervisor/lecturer/bos anda
2. student anda
3. supplier
4. rakan sekerja satu pejabat, yg anda hanya berhubung atas sebab kerja. seelok2nya anda berhubung hanya dgn no telefon pejabat bkn mobile phone, unless dia tidak dapat dihubungi di tel pej.
5. pakcik kedai, pomen keta, dsb.

saya faham tujuan anda mendedahkan isu ini, tapi sebenarnya anda telah mendedahkan diri anda kepada risiko. ada baiknya anda kurgkan risiko itu.

jika dia menghubungi anda lagi, jangan reply. biarlah dia meninggal atau anda meninggal, sebenarnya tidak ada apa kesan kepada hidup masing-masing (sekiranya kita semua tahu tujuan hidup kita).

harap panduan ini dapat dikongsi bersama.

saya pun x suka tgk tahajud cinta. ada tgk gak malam td. sangat membodohkan wanita dan memperkecilkan skop poligami dan memberi pndgn negatif kepada pengamalan poligami yg disunnahkan dalam islam. saya percaya ada juga di akhir zaman ini poligami yang berjaya, namun mengapa yg buruk juga diketengahkan?

malahan, drama ini byk menyebutkan kalam allah sebagai dalil dalam skrip. benar, ayat quran namun tafsirannya salah. saya berharap pembuat drama sila rujuk tafsir muktabar bg setiap ayat quran yg mereka masukkan ke dalam skrip drama/filem mereka. maaf, maybe saya salah channel:p. blog anda bukan tempat saya komen. just, saya sangat bersetuju dgn poin anda. :)

wallahu'alam.

rindu madinah said...

waalaikumussalam.... =)

terima kasih nahwanz di atas perkongsian yg bermanfaat tu...
terima kasih daun keladi.. =)sy pasti anda tidak tersalah chanel..hihi..

tp sy still xphm pasal mendedahkan sy kepada risiko....
utk pengetahuan saudari/saudara lps tu sy mmg xreply da pn utk mengelakkan drpd fitnah...sy cume ingin menduga dia..
sy sgt bersetuju pendapat anda ttg drama tahajud cinta.. byk jugak part2 yg akan menyebabkan penonton x sedap ditonton.. malah sy jgk risau apabila penonton none muslim yg menilai Islam dr drama ini..

qutil said...

Assalamualaikum,

saya seorang yang x minat tengok drama melayutu, sebab drama melayutu mendedahkan warna sebenar masyarakat melayu seolah-olah untuk menjadi panduan kepada anak cucu cicit kita untuk menjadi melayu sejati..end bout melayutu.

bab polygami adalah isu hangat bila dibincangkan sesama wanita. kerana kebanyakan wanita adalah sangat penyayang kerana mereka mempunyai naluri keibuan. dan mereka juga berpendapat bahawa tulang rusuk kiri adam adalah hanya untuk hawa, namun dalam islam dibenarkan untuk berpoligami, maka kita ambil pendekatan mudah dinama poligami adalah dibenarkan tetapi seiring dengan kemampuan ZAHIR dan batin.

bab menghambakan istri itu tidak kena jika ditujukan kepada lelaki umumnya, kerana masih terdapat lelaki yang penyayang seperti errr... sedangkan Rasulullah juga lebih menyayangi Siti Aishah dari sitrinya yang lain. namun keadilan dari segi nafkah adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya.

bab lelaki yang sudah berkahwin tetapi mengeluarkan ayat-ayat menduga keimanan wanita lain adalah sangat tidak professional kerana seharusnya mereka yang sudah berkahwin menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga serta berfikiran lebih matang dalam isu sensetif sebegini. tiadalah salah bagi mereka, cuma kurang adabnya. andai benar mereka mahukan poligami, periksa dahulu kemampuan diri sebelum terlajak jauh.

bab wanita yang tersalah pilih ini adalah isu biasa, dek kerana cinta itu buta, maka banyak lah pandangan wanita itu dibutakan. mungkin kerana wanita adalah terlalu seni, maka cinta mereka juga bersifat seni dan jarang berubah. bagi lelaki, mereka dianggap hebat kerana berjaya memanipulasi keadaan itu, maka bagi wanita, selidik latar belakang pasangan anda sebelum anda terlambat. janji manis lelaki adalah sangat bahaya..

jam 5 pagi karang essay memujuk hati disana...

tiada gundah, tiada derita, andai kamu yakin dengan yang satu.

rindu madinah said...

waalaikumussalam qutil d'pearl =)

sgt indah bahasamu wahai sang lelaki.. terima kasih di atas karangan yg begitu pjg smpai blh masukkan entri baru dlm blog ni.. (xcukup space)hihi....
betul...sy akui..ape yg saudara sampaikan tu adalah btl2 belaka...

1) drama melayu pn kdg2 awk perlu tgk jgk..xsh segala yg baik di ambil menjadi panduan, yg buruk dijadikan teladan.. byk moral of the story drpd cerita melayu yg sesuai dgn budaya masyarakat kita..
2)sy akui xsemua lelaki membuat isterinya sebagai hamba.. tp sy tetap yakin bahawa xseorang llk pn meletakkan egonya rendah drpd perempuan kn..? cerita rasulullah s.a.w mmg boleh dijadikan role model tp ade ke llk blh jd sehebat rasulullah???
3)ye..sy sgt setuju dgn point anda tentang llk yg x profesional itu..! (cermin diri dlu kalau ade hati sgt nk poligami)
4)JANJI MANIS LLK ADALAH BAHAYA.. (tepat skali!!)

semoga anda menyayangi bakal zaujah 100% hingga ke akhir hayat.. so,carilah yg terbaik ye =p

nahwanz said...

bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

oleh krn saya telah disahkan tidak tersalah channel, maka dgn besar hatinya mahu menyambung komen, harap tidak kisah.:)

maksud saya pasal mendedahkan diri kpd risiko adalah saya khuatir tujuan si dia menghantar sms hanyalah sekadar 'test power' sahaja. lelaki yg mengarut suka menguji semua benda termasuklah iman dan rasa malu perempuan. tapi, takpelah anda cakap tadi anda x sms lagi. cuma, jgn cuba2 uji dia, sbb takut kita pula teruji. hakikatnya, hanya Allah yg boleh uji manusia. manusia x leh uji2 manusia lain. sebab standard dan jawapan manusia lain2 kan?

saya nak tambah lagi pasal cerita melayu. sangat bersetuju dgn komen sebelum ini (nick ssh mau eja). cerita melayu kebanyakkannya gagal. gagal dalam memcerminkan budaya Melayu, apatah lagi Islam.

seringkali Melayu yang dipaparkan sangat kebaratan. dengan skrip yang bercampur-campur bahasa. sekejap english sekejap melayu. di mana melayunya? dgn pemakaian yang agak melampau dan melampau.

saya secara peribadi suka tgk cerita Jepun. Sebab jalan ceritanya teliti dan walaupun temanya biasa, tapi masih mengekalkan ciri2 budaya mereka. pakaian juga sopan dan skrip bertenaga dan bersemangat. tentulah tidak semua, kena pilih juga cerita jepun yang ok. tapi bila tgk cerita jepun, kita terus nampak budaya mereka. mereka tidak malu menonjolkan budaya mereka (yg baik) utk tontonan semua.

sekarang nampaknya penonton agak berminat kepada cerita melayu-islam. mungkin krn itu pengarah cenderung ke arah tema itu. namun, semua yg terlibat dalam filem/drama perlulah buat sedikit kajian. ilmuwan kita ramai di malaysia mengapa tidak bertanyakan pandangan mereka dahulu?

tidak apa apa2 yg dapat diharapkan dari sesuatu yang tidak atau kurg ilmunya. hasilnya selalu penuh kritikan dan kurg memberi kesan.

itu saja.

wallahu'alam~

qutil said...

salam perindu madinah,

terima kasih kerana membenarkan hujah yang saya coretkan tatkala saya masih mamai itu,

sejujurnya saya akui saya amat gemar berdebat, atau dalam arti kata lain berbincang perihal manusia. kerana itulah tulisan saya mungkin melebihi entry perindu madinah.

saya tiadalah menyalahkan seratus% drama-drama melayu kerana kontent nya, namun apa yang cuba saya sampaikan disini adalah, tiadakah isu lain yang mereka cuba sampaikan selain dari cerita ruang lingkup rakyat melayu itu sendiri. kebanyakan jalan cerita yang mereka ingin sampaikan adalah cerita tipikal orang melayu yang penonton sendiri boleh jangkakan. tiada perkembangan serta kemajuan. cubalah kiranya mereka menceritakan perihal ketokohan bangsawan2 negara, bagaimana mereka menjadi maju serta rintangan2 yang mereka harungi sebelum menjadi sebegitu hebat..itu adalah satu contoh terbaik untuk diceritakan untuk menjadi panduan generasi kan datang. habis bab melayutu

subahanallah, maha suci allah, andai perindu madinah mahukan lelaki yang kurang egonya maka berdoalah kehadrat ilahi, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk perindu madinah. sebenarnya ego bukanlah sifat yang layak bagi manusia, kerana manusia terlalu daif dan lemah untuk mempunyai sifat itu, kerana nafsu yang tidak terkawal itulah puncanya kerosakan hati. semoga kami mampu mengawal nafsu kami dengan akal yang sempurna.

saya hanya menulis, banyak yang silap dari permikiran logic saya. maka maafkan saya atas segala kesilapan saya.

rindu madinah said...

waalaikumussalam.. ;)

Subhanallah... Alhamdulillah..
Allahuakbar..

nampaknya entri kali ini begitu berkesan sekali =)
maklumla..bila dh diceritakn ttg ketikdapuasan hati terhadap kaum lelaki,maka mereka bangkit utk menegakkan kaum mereka.. =p

sy sgt suka dgn point anda ttg 'test power'.. betul n tepat skali... mereka saja ingin menilai iman dan rasa malu seseorang perempuan tersebut.... dan saya akui saya juga pernah tewas diatas penilaian sang lelaki dgn menggunakan kuasa 'test power' tersebut....sesungguhnya saya insan yang lemah. kadangkala lemah dek kata2 manis lelaki... tp bukan utk kali seterusnya... insyaAllah =)

apabila bercerita ttg drama melayu-islam yg sering dipaparkan di kaca tv...lebih baik juga cerita sedemikian drpd cerita seram yg ntah ape2..terang2 menyimpang dgn ajaran islam...
sy tidak mengiakan dan tidak menidakkan kata2 anda.. jika cerita jepun yg dibanggakan.. takde yg slh..cume still lagi perlu pilih cerita yg baik kn? so same je lah dgn cerita melayu, indon, hindustan or english skalipn..
jika baik pendekatannya.. maka baiklah penerimaannya.. jika buruk jln ceritanya.. maka kritikan yg diterima...

rindu madinah said...

waalaikumussalam qutil =p

nmpaknya pendebatan kita semakin hangat...tp sy tidaklah reti berbahasa tinggi..tdak reti utk berkata2.. pengetahuan pn teralu cetek...
tp jika cerita melayu yg sebegitu yg ingin qutil ketengahkan.. boleh juga dikatakan betul..tp ada je skrg seperti cerita HIKAYAT MERONG MAHA WANGSA..tp sy sgt memuji dgn kualiti filem tersebut =)tp xbyk la kan...sbb xsemua peminat cerita melayu minat cerita sebegitu =p mungkin cerita cinta yg merepek2..cerita seram g ntah ape2 or cerita kelakar yg xberapa kelakar..haha...

terlalu sukar utk jumpa lelaki yg merendahkan ego mereka kn? mmg susah.. disebabkan ini lah punca perbalahan pd sesuatu perhubungan... tidaklah mengharapkan lelaki yg begitu sempurna..cume cukup lah sekelumit ego yg direndahkan sedikit.. krn hati perempaun sebenarnya tersangatlah rapuh...

qutil said...

salam muhibah adinda perindu madinah..

pernah kah anda dengar bahawa syurga lelaki letaknya dibawah tapak kaki ibu? (ehem ni baru lepas balik dari umah mak) dan syurga wanita adalah dibawah telapak kaki suaminya? andai wanita mempunyai ego yang lebih tinggi dari lelaki, maka tiadalah syurga itu ditapak kaki lelaki itu, apabila lelaki itu menjadi dayus, maka itu adalah selemah2 lelaki. lelaki dijadikan kuat agar dapat membimbing para wanita dan mempertahakan mereka, namun begitu disebalik kekuatan itu ada juga kelemahan, dimana kelemahan itu dipegang oleh wanita yang paling mereka cintai.

bab hati wanita yang rapuh, sebenarnya wanita dijadikan untuk menjadi perhiasan dunia, sebab itu kebanyakan wanita adalah menarik, biasanya sesuatu yang cantik dan indah itu perlu dijaga dengan rapi agar tiada sebarang goresan kecil..
bagi saya wanita adalah sangat istimewa, sesiapa yang tidak menghargai wanita adalah amat tidak mempunyai nilai kemanusiaan.

bebel selepas balik dari rumah

qutil.posterous.com

rindu madinah said...

Tercipta wanita dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Itulah wanita perhiasan duniawi kn qutil? bknlah meletakkan ego setinggi-tinggi langit untuk menunjukkan lelaki adalah kuat untuk membimbing wanita dan mempertahankan wanita saya rasa..

qutil said...

adus adus, ketandusan idea nak balas pantun saudari...

namun saya gagahkan juga sebagai mana selayaknya.

tiadalah kenal arti ego pada anak adam, selain ditunjukkan oleh syaitan durjana apabila mereka enggan sujud pada anak adam. dek keegoan mereka maka mereka dicampak ke neraka jahanam, tetapi diberi tempoh sehingga kiamat untuk merosakkan hati anak adam lain, maka dari sinilah datangnya ego yang dibawakan khas dari syaitan. adakah anda masih mahu menjulang ego yang diperkenalkan oleh syaitan? tentunya tidak, andai anda terjumpa lelaki atau wanita yang menjulang ego setinggi langit, maka ceritakan pada mereka perihal syaitan yang ego itu, dan pesan pada mereka, tiadalah layak bagi manusia untuk mendongak setinggi langit hanya kerana dunia sementara yang diberi pinjam untuk beribadah kepada Allah.

qutil.posterous.com

rindu madinah said...

terima kaseh qutil diatas penjelasan saudara...
secara tidak langsung anda dpt mengawal keegoanmu sebagai lelaki..
=) =)
amat bahagia kn kiranya lelaki dan perempuan dpt mengawal ego masing2...nyah jauh2 si syaitan durjana... tp semuanya perlukan kekuatan iman setiap individu...
pernah baca buku bertajuk "MAN FROM MARS,WOMEN FROM VENUS" x qutil?

nahwanz said...

bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

pada saya, qutil dan empunya blog:

saya nasihatkan diri saya dan semua, supaya kita;

1. cuba memahami hikmah dan ciri-ciri muslim dan muslimah yang sebenar daripada kalam Allah.

2. sama2 berusaha mengenali Rasulullah salla allahu alaihi wa sallam, sebagai contoh tauladan kita.

3. sama meneliti akhlak rasulullah dan sahabat dalam pergaulan mereka seperti mana yang tercatat di dalam hadeeth-hadeeth yang sahih.

4. Mengamalkan akhlak mereka sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita sehari-hari.

lelaki dan perempuan itu diciptakan allah dengan hikmah yang jelas, sesuai dgn ketinggian ilmu pengetahuanNya. saya merasakan sekiranya kita sama2 memahami kedudukan kita sebagai hamba yg diciptakan allah untuk menyembahNya, sudah pasti lambat laun, akan terserlah sifat2 mulia di antara kita dan wujudnya saling hormat menghormati di kalangan kita.

wallahu'alam~

sekadar mencelah perdebatan anda berdua. semoga allah memberi hidayah dan menambah hidayah kepada kita semua. ameen~~

rindu madinah said...

waalaikumussalam nahwandz;

tidak apa2 jika ingin mencelah.
sy bukanlah reti untuk berkata soal agama.. sesungguhnya ilmu yg ada terlalu cetek.. masih lagi dlm mencari2...
terima kasih dgn nasihat2 yg diberikan...
insyaAllah dgn perkongsian ilmu yg bermanfaat itu akan kita semua jadikan ikutan... sunnah rasullah jadikan tonggak kehidupan...

terima kasih daun keladi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...