Thursday, October 30, 2008

RAHSIA DISEBALIK AL-FATIHAH

Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.

Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.

Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.

Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izinAllah.

Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewatak
x) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan

Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

akhawat sekalian...Sama-samalah kita mengamalkannya..sebaik-baik penawar ialah ayat alquran..."

Protein Purification from Durian Seed


Final exam kian menjelma..
tp final project kami tak siap lagi..
dh lebih 10 kali percubaan tapi resultnya failed jer..
tp kami ttp tidak pernah berputus asa..
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusankan kami...
Kau temukanlah kami jln penyelesaian yg terbaik utk menyiapkan thesis ini...amin...

Sunday, October 26, 2008

open house & kenduri tahlil

smlm.. 25 syawal.. kami satu rumah buat open house..
kbtulan sempena utk meraikan puasa 6 yg telah kami sempurnakan..
dlm keadaan yg sgt bz dgn final projek,test,dan final exam yg bakal menjelma..
kami cube jgk utk menyempurnakan hasrat kami dan teman2 utk bersama bergotong royong masak bersama-sama dan mengajak teman yg lain bertandang kerumah kami dan menjamu selera..
dlm keadaan yg agak kalut..kami menerima satu khabar berita yg megejutkan kami semua.. kematian ayah (johari ahmad) kepada sahabat terdekat kami(nana)...al-fatihah..
kami membuat keputusan utk menjadikan open house kpd kenduri tahlil..
kami menjemput imam surau micet(abg hadi) utk guide bacaan tahlil.. dgn menjemput jiran2 dan teman2 yg lain termasuk en.anas bersama membaca tahlil utk arwah ayah nana..
maka sempurnalah majlis kami...al-hamdulillah..kerjasama teman2 amat kami hargai... terima kasih utk teman2 yg bersama berganding tangan menjayakan majlis ini..
terima kasih daun keladi..

Sunday, October 12, 2008

Rahsia disebalik solat dhuha..


"Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(hari riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hari riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

"

Saturday, October 11, 2008

renungan..


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah
sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan
kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)


Friday, October 10, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU


ABG AJEY & KAK NOR
Tahniah buat Kak Nor dan Abe Jey kerana bakal menimang cahaya mata pertama... tak sabar nak dapat anak buah yg kiut!!!
Semoga kalian berbahagia hingga ke anak cucu..
dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah..
Pesanan: Semoga Kak Mira dan Nurul cepat2 menimang cahaya mata k!!

salam idulfitri...


minal aidil wal faizin...

salam lebaran dariku untuk ayah dan bonda tercinta..

mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa


  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...