Monday, June 29, 2009

sahabat dan masa depan...


Lamanya xjumpe korang sume..
almaklumla..paling last jumpe sebelum industrial training..
mase presentation pn xdpt jumpe sume.. kalo jumpe pn sorang dua je..
tu pn sekejap je sebab majoriti dtg sehari dua je..lps present terus blah dr micet.hehe
Belum puas lagi cuti.. lagi 2 weeks dh nk kena masuk blaja balik..malas pn ade jgk...
alhamdulillah..dpt sambung utk degree..
insyaAllah aku akan buat yg terbaik utk peluang kali ni..
tp aku sedih..sbb ada jgk kwn2 yg tanak sambung belajar walaupun dpt tawaran...
hurmm..
kalo dipikir-pikir..
lamanya aku study.. org lain dh abes degree dh..hehe
xpelah..yg penting aku ikhlas menuntut ilmu..
dan aku masih belum bersedia utk kerja @ kawen (padahal xde org nk pn..)hehehe
belajar..belajar..belajar... dan belajarlah aku...
sahabat..bersemangatlah..utk menempuh balik masa utk buat lab report..assigment..test..kuiz..n final exam!!!maklumla..dah hampir stengah tahun tinggalkan sume tu...hehe
farah!!berusahalah... demi mencapai cita-cita dan impianmu...!!

Friday, June 26, 2009

CUTI YG MENYEDIHKAN..



cuti tahun ni...
xde ape2 yg menyeronokkan utk aku ceritakan..
walaupun semua teman2 pulang ke kampung..
tp semua dgn cerita dan haluan masing2..
hurmmm.... termasuklah aku...
disebabkan rutin hidup aku bagaikan org nomad..
aku tak dpt jumpa korang sume mcm dulu dah...
selalunya dpt gak la pegi jeram ker..
pegi main boling kt kb mall ker..
pegi pantai melawi..xpn pegi mkn seafood kt pcb..
hurmmm.. sedih nyo raso ati..
demo loni tak supo mulo...huhuhu...








Wednesday, June 24, 2009

Apa yang dijangkakan selalunya menjadi realiti..
Kerana jangkaan itu adalah doa dlm senyap..
Yang diulang-ulang dgn penuh keyakinan...

Tuesday, June 23, 2009

Rejab menjelma lagi...

Sabda Nabi S.A.W : "Bulan REJAB, bulan Allah.. Bulan SYAABAN, bulanku, dan bulan RAMADHAN bulan ummatku.."


Alhamdulillah... hari ni.. aku masih mampu lagi bernafas...
so, dikesempatan ni..aku ingin mengucapkan kpd seluruh muslimin dan muslimat sekalian, selamat meraikan ketibaan bulan rejab.. yg akan disusuli oleh bulan syaaban, dan seterusnya bulan ramadhan yg dinanti-nantikan.. Bersyukurlah.. kita masih lg diberikan kesempatan utk merasai barakah di bulan rejab ini.. Marilah kita mempersiapkan diri dgn segala macam persediaan bg menghadapi bulan yg mulia ini.. sama2 lah hidupkan amalan2 kebaikan.. (seperti puasa, zikir, membaca al-Quran, apatah lg amal ibadah yg wajib)..




Kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. mlm awl rejba mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. ore yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya



Puasa Di Bulan Rejab

1. Puasa sehari >dpt syurga tertinggi(Firdaus). (al-Hadis)
2. Puasa 2 ari -> dilipatgandakan pahalanya (al-Hadis)

3. Puada 3 ari -> parit yg pjg yg menghalang dia ke neraka (pjgnya sthn perjln) (al-hadis)
4. puasa 4 ari -> diafiatkn drpd bala dan penyakit yg besar2, n drpd di fitnah dajal di hari qiamat (al-hadis)

5. puasa 5 ari -> aman drpd azab kubur(al-Hadis).

6. puasa 6 ari -> kuar drpd kubur bercahaya mukanya(al-Hadis)

7. puasa 7 ari -> ditutup drpt 7 pintu neraka(al-Hadis)

8. puasa 8 ari -> dibuka bgnya 8 pintu syurga(al-Hadis)

9. pausa 8 ari -> kuar dr kuburnya lalu menyeru لااله الا الله xditolak masuk ke syurga(al-Hadis)
10. puasa 10 ari -> ALLAH jdkan bgniya hamparan perhentian di titi sirotomustaqim pd tiap2 satu batu. (al-Hadis)

11. puasa 16 ari -> akn dpt melihat wajah ALLAH d dlm syurga, n ore yg petama menziarahi ALLAH d dlm syurga. (al-Hadis)

12. puasa 19 ari -> dibina baginya sbuah mahligai dihdpan mahligai Nabi ALLAH Ibrahim n Nabi ALLAH ADAM. (al-Hadis)




Amalan Bulan Rejab

1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih


Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2. Berpuasa pd siang n beramal yg lain pd 27 rejab, bykkan bersedekah. Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.bacalah doa istigfar rejab yg amat istimewa. Terkandung di dlmnya memohon keampunan atas ketinggalan ibdt2 di masa lalu siang n mlm, mmohon keampunan n taubat sluruh dosa2 besar n kecik. Mmohon keampunan maksiat2 yg kita lakukan. Mmohon taubat atas ktinggaln ibadatnya di fadhukan, sgja @ xsengj, terlupa @tlalai, n dri kejahatan yg dilakukan siang n mlmnya. Mmohon Rahman Rahim Allah mengasihi kita hambaNya yg byk lalai n lupa kpdnya..

p/s :- jika salah harap diperbetulkan...

Sunday, June 21, 2009

INFO KESIHATAN - Breast Cancer


Selalunya org malu utk membicarakan soal masalah dalaman yg selalunya dihidapi oleh kaum hawa..termasuklah pasal breast cancer ni..tp igt..lelaki juga mempunyai peratusan utk menghidap cancer ini..so kt sini adalah maklumat penting yg harus di baca.. tak usahlah malu..pengetahuan ini sgt berguna.. kita xtahu ape nasib kita yg mendatang.. skrg ni, kita duk bace paper @ mane2 berita kt tv pasal org kena penyakit ni, kita xtahu lagi nasib kita di kemudian hari..nauzubillah...
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).

Walaupun mereka yg lebih muda drp 35 tahun jarang sekali menghidap barah payudara, namun kita juga perlu prihatin terhadap tahap kesihatan payudara kita. Fakta mengatakan bahawa sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko utk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% drp kelainan payudara bukanlah barah!
Bagaimana anda tahu adakah anda ada kanser payudara??
Payudara
Perubahan saiz dan rupa
Lekuk pada kulit
Ketulan atau penebalan
Puting
Puting berdarah (jarang berlaku)
Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
Puting tertarik ke dalam
Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.
Lengan
Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak
Rasa Sakit
Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.


Biasanya, pemeriksaan pengimejan yg pertama utk wanita yg mempunyai gejala benjolan ataupun ketulan adalah pemeriksaan ultrasound. Tp, apabila barah payudara disyakki, usia bukanlah halangan utk pemeriksaan diagnostik mamografi.

So, utk langkah awal, ketahuilah serta kenalilah payudara anda.. lakukan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara). Ianya harus dilakukan apabila seseorang individu mencecah usia 18-20 tahun. Bg kaum hawa, ianya haruslah dilakukan selang 3 hari slp berakhirnya haid(setiap bulan). kaum lelaki @ wanita yg dh monopos harus lakukan pd tarikh yg sama setiap bulan.

Namun begitu, usahlah lah anda risau.. kelainan payudara selalunya bukan kanser. Namun begitu, sekiranya anda mendapati ada sesuatu yg tidak kena pd bahagian payudara anda, jgn lah berlengah. Berjumpalah dgn pengamal perubatan dgn seberapa cepat yg mungkin...


Wednesday, June 17, 2009

selamat rm300..


hari ni dlm sejarah...

ptg td..aku balik dr amik kereta mama kt bengkel...

tiba2 ada roadblock..alamak..aku tak bwk purse..!so, lesen n ic aku pn xbwk..huhu

roadblock tu kt jambatan tendong.. tp die wat sekatan slps lorong..

aku tanpa pikir panjang masuk lorong tu utk mengelak dr kena tahan jpj..

rupanya nasib aku malang, diorang wat perangkap! kt lorong bwh jambatan tu rupanya ada roadblock jgk...so, aku angkat bendera putih...huhuhu aku kena tahan..

nak dijadikan cerita.. encik jpj tu perasan no.plate kereta mak aku..hehehhee..(selamat...)

rupanya diorang sume kwn2 mak aku.. mane tidaknya dh mak aku keje kt jpj..hehehe..

habis la aku kena buli...siap nk bwk masuk lokap..siap nk wat jd bini pn ada..hehehe.. tp nasib baik jpj blh check lesen kita pakai online..so,ada la jgk bukti aku ada lesen..hehehe

dgn perasaan lega aku u-turn balik naik jambatan.. alamak..sure aku kena redah rodblock yg aku mengelak td!redah aje...so, utk kali kedua aku kena tahan...aduhai..kusut!

aku gaduh la plk ngn jpj tu.. muda lagi...dia mcm org luar,xde sleng klntn plk.. for sure lelaki..haha...malangnya bukan kwn mak...malang menimpa...dia blh tak pecaya aku dh kena tahan td kt bwh!sakit la ati aku..! aku igt lg dia ckp.."ooo..pandai melawan ye( sambil tersengeh).." gaduh punya gaduh..last2 dia lepaskan aku..hehehe (padan muke..tau takot!)


maka..aku dpt pulang dgn selamat..alhamdulillah..

kalo tak.. melayang duit rm300..hehe

al-fatihah buat arwah mama ani


ahad,14 Jun 2009, Taman Damar Gua Musang.

PETANG..aku tgh syok tgk wonderpet
tiba2 aku dpt panggilan drp kak siti (kazen aku)...
"kakak..mama sakit.." mama sbnrnya adalah mak sdare aku..kt dia pn aku panggil mama, mak aku pn panggilan yg sama..aku sedikit terkilan sbb aku baru je smpai gua musang pagi td, xdpt aku jenguk mama..

MALAM.. slepas mkn mlm.. tgh tgk mentor kt tv3
dpt panggilan yg mengatakan mama sudah tenat.."Ya Allah..betulke ni...?tenat??br je aku jumpe mama hari tu.."
aku dan mak aku terus pulang (10.30pm) drp gua musang ke HUSM Kubang Kerian (1.00am) Kt HUSM, terus naik tingkat 8..sampai je kt sisi katil mama...
air mata aku menitis laju...
Nafas mama begitu laju skali tp mata tertutup..ada satu tiub diletakkan di mulutnya..
wayar kt sana sini...aku pilu...aku lihat ada titisan air mata di mata mama yg tertutup kemas... Seluruh anggota sblh kanan sudah xberfungsi, jantungnya ada kuman...
dokter kata mama 50/50.. tp aku harap mama akan sedar kembali...tp jangkaan aku meleset...

PAGI.. isnin,15 jun 2009,lbh kurang pukul 8.45am mama pergi meninggalkan kami semua...innalillah...alfatihah...mama pergi tanpa sempat dia membuka mata melihat dunia utk kali terakhir...



Kejadian ini sgt menyedarkan aku.... utk dua perkara..

1st..kehidupan ni singkat sgt... kita tak tahu bilakah waktunya malaikat sakaratulmaut mencabut nyawa kita..sempat ke utk kita bertaubat..??cukup ke amalan kita utk di bawa ke akhirat?? suatu hari yg pasti kita tempuhi, apabila kita dimandikan, dikafankan, dan diusung bawa ke kubur..waktu itu..kita sudah terlambat utk segalanya.. dh xsempat melansaikan hutang..dh xsempat nk buat sunat taubat..dh xsempat nk memohon maaf dgn sesama kita.. dh xsempat nk try mi celop kt tunjung..hehehe.. dh xsempat nk pegi shopping.. mcmn plk dgn cita2 kita? blm sempat smpai ke kemuncak kejayaan...

2nd plk..aku terfikir pasal seorang ibu yg melahirkan kita.. jgnlah kita sakiti hati ibu.. hargailah..sayanglah...peluklah..ciumlah sepuasnya sbm ibu meninggalkan kita suatu hari nnt...tataplah wajah ibu selagi dia masih ada...








Sunday, June 14, 2009

Jodoh yg tercipta..



Inilah yang dikatakan jodoh...

Segalanya telah ditetapkan oleh Nya..
Walaupun sekian lama titik perkenalan..
Walaupun sekian lama mengenal hati budi..
Walaupun sekian lama ikatan terjalin..
Jika bukanlah dia ditakdirkan utk kita..
Jika bukanlah dia jodoh kita..
Jika bukanlah dia yg terbaik utk kita..
dan jika bukanlah dia yg tercipta utk kita...
Akhirnya..dia mendapat org yg selayak utknya...

Segalanya telah ditetapkan..telah tertulis..

Buat sahabatku..
Kuatkanlah semangatmu..utk teruskan hidup..
Jika inilah yg tertulis akhirnya..
Mungkin engkau akan mendapat yg lebih baik drnya..
Jika ini lah bahagia yg tercipta utknya,
Kau korbankanlah kebahagiaan ni demi kebahagiaannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...