Thursday, July 30, 2009

stage baru anak buah kesayanganku...

ni la gmbr terbaru anak buah aku..
putri nur adlina..
ni adalah gmbr kali kedua dia meniarap...
comel sgt...
nnt bila alin da bleh jln nnt..
untie arah bwk alin p jln2 ye...
cepat2 blaja bejalan ye syg...

H1N1 semakin merebak...

H1N1 menyerang....
selepas ramai budak2 yg kena kuarantin dlm bilik khas...
kami diarahkan mengosongkan micet sebelum pukul 12 tghari 30/7/09
aku cepat2 pegi cari tiket ketapi...
maklumla..dlm keadaan terdesak mcm ni...
takot jgk kalo2 tiket abes...
yg parahnya...org yg kena kuarantin adalah org yg aku kenal...
tak sangka plk k.ah kena kuarantin..
pastu rupanya hajar ngn mila demam kuat tp xde sape yg tau...
nasib baik aku pegi melawat diorang..
tgk diorang terbaring dlm kesejukan..
badan diorang panas mcm kena panggang..
aku terus pegi report dekat fellow...
fellow terus pegi hantar hajar ke hospital
dan mila plk mak ayah diorang amik..
tp yg parahnya.. hospital alor gajah n tampin dipenuhi org yg demam suspen H1N1..
Last2..hajar pegi klinik swasta..
tp nasib baik hajar xkena kuarantin...
dan dibenarkan pulang..
kami balik naik ketapi..
sbb hajar demam, aku pilih tiket ketapi kt coach tempat tidur..
sampai rumah,
aku dpt berita dari hajar yg mengatakan hajar dikuarantin di rumah...
sbb dia disuspek H1N1 oleh hospital pasir puteh...
aku terus tnya khabar mila..nasib baik mila dh semakin o.k..
k.ah plk..masih dlm kuarantin dlm bilik kt micet..
kesian plk..dia kata demam dh semakin pulih tp dia ttp masih belum blh keluar...
aku hasut k.ah suruh curik2 balik je...hehehe...
semoga semuanya kembali tenang...
dan BEBAS H1N1...amin...


Tuesday, July 28, 2009

disebabkan sebiji burger mcD

aku pohon sejuta kemaafan...
disebabkan sebiji burger.. aku telah lukakan hati seorang kawan..
cerita ni bukan utk diheboh kan..
cuma untuk dijadikan teladan...
utk aku dan kawan2....
wah..mcm puisi pulak...

tadi..lps magrib..
wani ajak aku p drive tru mcD..
jauh jgk..sbb kwsn alor gajah xde drive tru.. (buek malu ajo)
xpela..demi sebiji mcD kami sanggup p redah highway ke ayer keroh..
dlm perjalanan balik ke micet...
aku baru teringat..
aku dah terlupa dgn kwn2 aku yg dah lama aku knl.. susah dan senang...
hajar and mila... aku minta maap sgt2...
disebabkan kami dh tak satu bilik...
aku pergi tanpa tanya kt diorang da mkn ke belum...
balik baru aku teringat...(kwn yg tak guna)
time balik tu aku msg hajar..tnya da tido ke belum...
(dlm hati nk tebus kesalahan....xtau nk susun ayat mcmn)
sbb aku mmg tak teringat..
kebetulan masa aku tgh bawak bekas air mcD...
Terserempak dgn hajar yg tgh pegang buah rambutan nk bg dkt aku...
(betapa baik nya org lain buat kt aku...tp aku????)
aku dgn tak tau nk ckp mcmn..
aku luahkan perkara sebenar...dan minta maap..
tu je yg mampu aku buat...
air aku menitis laju...

-tamat-

moral value: jgn jadi kwn yg jahat mcm aku..

alamak..baru aku teringat..aku lupa nk bayar duit mcD td...adusshh..

Thursday, July 23, 2009

Tadi pegi kelas feqah Ustazah Asma' Harun..
iaitu isteri kepada Lecturer En Tengku..
merangkap penolong pengarah Bahagian Undang2 Keluarga Islam,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam..N9.
rindu plk nk dgr celoteh ustazah yg comel dan kelakar ni...

Walaupun kelas feqah..tp yg dibincangkan dah terkeluar dari tajuk..hehe..
Ilmu tu kn luas... seluas lautan..ilmu xkn habis... ntah la.. aku ni xreti wat ayat.. lebih kurang mcm tu la..haha

Antara pointnya adalah...
Apakah kelebihan kita sbg ummat nabi muhammad (S.A.W)??
1) mukjizat al-quran
2) mendapat syafaat.. maknanya bila mizan nnt.. nabi akan tolong kita...
3) tidak dijatuhi on da spot hukuman bila kita buat silap..ditangguhkan sampai mati..
di akhirat nnt..ye la.. org dulu2 kan... kalo buat kesalahan terus dijatuhi hukuman oleh Allah..

Betapa untungnya kita kan...menjadi ummat nabi muhammad (S.A.W)..
sama2 lah kita berselawat ke atas nabi s.a.w..

sesungguhnya...

"tiada tuhan melainkan Allah, nabi muhammad pesuruh Allah.."

point seterusnya.. aku tertarik dgn cerita dia tentang adik ipar rasulullah..
yg bernama ASMA' ABU BAKAR..
Asma' adalah kakak aisyah (isteri nabi)

Ketika Asma' sarat mengandung.. dia masih lagi kuat semangatnya utk berhijrah dari kota mekah ke kota madinah.. dan di madinah dia telah melahirkan anak nya yg bernama Abdullah bin Zaid. iaitu anak pertama selepas hijrah...

Asma' ni pemurah orgnya..mahu mati disaat tiada harta, maknanya miskin papa kedana laa... semua harta disedekahkan kpd org yg berhak...baguskan..


kepada org yg bernama Asma' atau yg namanya tiada kaitan ngn asma'..jd la seperti asma'..hehe


nnt aku nk taruk name anak aku asma' laa..hehe..

Wednesday, July 22, 2009

kata doc..kicap diperbuat dari...

hari ni
aku lewat bgn..ke kelas Dr.Zainab
igtkan xde kelas...(blur xabes-abes..)
sambil2 blaja physical chemistry, aku sempat highlightkan satu benda yg menarik...
doc kata... kt china.. dkt kedai gunting rambut.. ada satu benda yg aneh yg first time aku dgr..
xtau la kot korang pernah dgr crite neh... kt sana..
lebihan drp rambut yg dh dipotong tu..
(ala..rambut yg jatuh kt lantai tu laa...)
diorang kutip... rambut ni kita kan ada protein..
so..diorang amik rambut tu buat kicap..hurm...sedap ke..??
wahhh...dasyat skali...
so..kita berhati-hatilah.. kalo nk beli kicap.. belilah kicap buatan malaysia..
sokonglah barangan buatan malaysia... sbb stakat ni xde dgr plk org malaysia buat kicap pakai rambut..hehehe... belilah kicap cap jalen @ cap kipas udang..

kekusutan menimpa diri...

PENING+SERABUT+KONFIUS+GERAM+RISAU+
TAKOT+KUSUT
Baru aku tahu bukan senang nak jadi senang...
Susah ke kalo nk berjaya?? hurmm...
subjek degree begitu menakutkan aku...(mcmn la org blh amik phD @ master..)
Skrg ni plk...nk kena pikir sal kena drop subjek plk... dah elok2 amik time diploma..
xblh nk transfer kredit plk sbb katanya transfer kredit takleh lebih dr 37 credit hr.. adoiii...
so skrg ni aku kena pikir subjek mana yg nk kena amik balik walaupun aku dh blaja time diploma dgn jayanya..apekejadah sume tu???alahaaiiii....
Pastu...yg kusutnya... subjek degree ni susah sangat...sangat susah..susah..susah...adoi!pening..
Sape suh aku amik kos ni..kan dah naye diri sendiri.. ape yg aku minat sekarang ni xtau la... mase diploma dlu aku takde la down mcm ni.. aku xde smangat lnsung skrg ni...
sume member satu kpale da xde.. nasib baik ade jgk yg sudi kwn n tolong aku yg da lost ni... tolongggg....mane semangat aku yg berkobar-kobar dlu tu....mane...mane....
~.hampa.~
nampaknya aku kena cari 'semangat' baru...

H1N1??






demam+selsema+batuk sgt merimaskan...

member aku cakap ntah2..H1N1..kwang asam...

tapi dlm hati risau jgk..sbb aku baru balik dr kg.. datang cni nek train..

dlm train tu mcm2 org yg ade...

dsbbkan desakan member2..aku pegi check kt hospital..

siap masuk kt emergency case lagi..wahaha...

doc kate suhu badan aku tinggi sket.. paru2 aku normal..dan yg lain sume normal...

dan..alhamdulillah dijauhi dari H1N1..hehe...

dan hari ni..aku baru je betul2 baik dari demam..

Saturday, July 18, 2009

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya:
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Nikmat yg berbeza..haha






Betapa nikmatnya makan buah manggis...haaaahhhhh..best.....

TAPI.. Nikmatnya berbeza bila kita makan buah manggis di bawah pokok manggis...

waaaahhhhh....sgt freshhh....best2....

Semalam..aku ngn adik pegi kait buoh manggis...adik aku kt atas pokok.. aku carik buoh kt bawoh pokok..banyak yg masuk dlm mulut daripada masuk dalam bakul...hahaha...

Nasib baik boleh ponteng minggu induksi..di sebabkan terlalu boring xtau nk wat ape.. n nafsu nk makan buah manjadi-jadi.. aku balik kg. aje... melaka ngn klate rase macam kt kg. sebelah menyebelah aje..hehehe.... x rugi balik oiii.....!!

Monday, July 13, 2009

kembali ke micet...

Aku kembali menjadi warga MICET....
Skrg..bermulalah episod baru utk aku...
Wah..MICET..MICET..MICET...
Aku dh bosan dgr perkataan tu...
Tapi..kt sini lah aku menuntut ilmu...
Kt sini lah aku jumpe sesuatu yg baru...
Kt sini lah akarnya...
permulaan utk aku menjadi seorang 'orang'..
atau perkataan bestnya.. menjadi seorang 'manusia @ insan'..
Semalam daftar..n kami sume ex-micet x diwajibkan utk orentasi..
haha..nasib baik..xsesuai lansung nk masuk orentasi balik..hehe...
dan selama seminggu la dkt micet ni tanpa ada aktiviti yg best...ish2..
Orang kata kos bioprocess kaw2 pnye ssh...ssh ke???hurmm....
sampai mila ngn hajar (gu kacik aku sejak sem1) tukar kos...ishhh.. ape baran kos process tu...
tinggal aku je la yg amik bioprocess antara kami..sbb keon dh xsmbung blaja kt micet..
Dan dgn takdir Allah..aku dah separate ngn diorang.. blok kami lain2...adush..mcmn ni..
xpela...ada la hikmah disebaliknya...tp kami tetap gu kacik!
Inilah permulaan hidup aku yg baru...
Ya Allah..berikan aku kekuatan...

Wednesday, July 8, 2009

Cerita menarik utk di ceritakan...

Time:mlm terakhir setelah sekian lama bercuti
Location:kg kiat,bunut susu
Subject: saje2 nk mencoret
Best!best! ape yg best??? yg bestnya..aku dpt mkn durian banyak2... bukan senang oii nk makan durian...sbb aku kena pegi carik durian kt kebun... hari2 setiap pg selama aku kt kampung bunut susu aku p carik durian..tolong tokyah (atuk) tebas semak samun...maklumla,tokyah dh tak larat nk wat sume ni.. aku da ckp kt tokyah tak payah la tebas2 nih..biar aku yg buat (bajet heroo) tp dia degil... nk jugak buat.. (aku risau..takut dia demam n lelah.. kebelakangan ni tokyah slalu demam)pastu.. bg durian kt mek(nenek aku) utk dijual kt tepi kedai kiah (jual goreng pisang) dekat je ngn umah atuk aku... mek aku neh mmg kaki berniaga... dr dulu smpai skrg.. segala benda dia nak jual.. garam, aiskim yg ada buah2 alik dlm tuh, moktan, bawang, limau n etc.. kt kg. mek femous jd tokey telor masin..hehe (buat asma'n nisah: mu jgn tak caye dgn cerita ni.. sbb ni adalah cerita sebenar selama seminggu aku kt umah sorang2..tanpa femli+kwn2 yg dh abes cuti.. hahahaha...)
Teringat plk kisah pegi main boling di saat akhir... aku n nisah...n kwn2 yg lain.. first time aku main boling pakai baju kurung..(jgn x pecaya!sbb aku mmg buat!) kalo aku pakai seluar.. byk dh agaknya aku dpt strike..hehehehehe (padalah tak reti main) pastu..balik dr main boling pegi makan nasi air...akhirnya..tercapai impian aku utk mkn nasi air n main boling dgn kwn2...hehehehehhe (buat asma':mu jgn jeles sbb aku ajak mu ponteng kelas, mu taknak...hahahaha)
Pastu...kenangan terakhir aku time cuti dpt keluar ngn hastina n umi...(member maahad yg dh lama tak keluar sama2) yg sorang tu baru balik dr alex,egypt.. bestnya dgr cerita dia kt sana.. terima kasih hastina sbb bg aku buah tgn dari sana.. n pastu pegi ziarah kwn yg lain...qiwa,salma,n hulwani... teringat plk kisah hulwani.. dia ni jgk baru balik mesir, dulu aku tak baik sgt ngn dia sbb slalu duk dkt ngn dia mase time exam, dia kedekut sgt2 nk bg sape2 pn tgk jwpn dia..(xbg tiru) padahal aku xtgk pn...sbb aku dh guna tektik yg lg berkesan utk meniru(kantoi)..hahaha.. tp dia seorang yg baik hati dan lemah lembut dan comel...hehe... terima kasih hulwani sbb bg sy buah2 drp egypt...hehehehehe
petang tadi... aku pegi pasar malam kt pasir mas (ni pn nk citer ke???) tp takpe.. ni jgk adalah kenangan dlm hidup aku.. sbb aku dh lama x merasa putu bambu n air soya free kt pasar malam... best2... hastina...thanks sbb sudi bg free..kalo aku tau aku order byk2.... PROMOTE: Best sgt putu bambu kt gerai pasar malam kt pasir mas, setiap hari rabu..jgn tak try!!! putu bambu pakcik dahlan mmg terbaek!)
dan...mlm ni...aku kemas2 barang n pakaian utk berangkat ke melaka esok.... bye.bye.kampung halamanku..n negeri tercinta....(mcm la aku tak slalu balik kg.. tiket ketapi murah je..dpt diskaun pakai kad pelajar..hahaaha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...