Thursday, December 23, 2010

Syiah,Asyura dan Karbala


Kedatangan 10 Muharam sering ditunggu-tunggu oleh penganut Syiah. Mereka seringkali mengaitkannya dengan semangat Asyura dan Karbala. Sehinggakan sesetengah penganut Syiah mengambil kesempatan menjadikan 10 Muharam sebagai hari memerangi Zionis.

Apakah umat Islam perlu disyiahkan terlebih dahulu agar Zionis mampu ditumbangkan?

Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap.

Sesetengah penganut Syiah cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Quran dan al-sunnah.

Kiasan palsu yang direka-reka ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah adalah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah al-Munawwarah.

Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?

Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!

Bidaah Asyura tajaan Syiah

Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharam sebagai hari memperingati peristiwa Karbala adalah amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang sahih: Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharam), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuhnya, maka Musa a.s berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya”. Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun apabila syahidnya Saidina Husin r.a di bumi Karbala pada 10 Muharam tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bidaah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan daripada kesedihan dan penyesalan.

Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria.

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal. 141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah?

Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!

Sumber: Mohd Aizam Mas’od;epondok

Tuesday, December 21, 2010

Solat? Sempurnakah solatku?


SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar.

Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna.

Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah bersabda bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud: “Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).

Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah.

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah: “Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).

Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.

Friday, December 17, 2010

syahdunya lagu ni....
tenang rasa....
kalo yang tak pernah dengar lagi...
sila2kan lah search google ye...
nk beli abum pn bole jgk... =)

Thursday, December 16, 2010

kucing dan hidupku...

aku bukan xsuka kucing..tp aku alah dgn bulunya...ntah dr mana dtg..kaki dia dh pijak2 kt merata2 tempat....biarla ape je org nk kata.....

sedangkan kita sume dah maklum dgn gelaran Abu Hurairah r.a. adalh kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..

kt sini aku nk ceritakan al-kisah mengenai sekor kucing kt umah aku...
kucing ni bkn la kucing peliharaan keluarga kami.. nm pn xde...aku panggil dia miau je..hik2..pd aku tu je bahasa yg kucing tu paham....

dipendekkan cerita, ak mmg rimas dgn kucing ni.... miau ni reti nk makan je keje...aku br je bg mknn kt dia...10 minit lps tu...ade je dia menyemak..bunyi miau tu sgt merimaskan aku.... tp aku still jgk bg mknn kt dia sbb xnk dgr dia memekak....ak byk jgk membebel dgn kucing ni..wlaupn bahasa yg ak ckp tu belum tentu dia paham.....

tp dia lah hero dirumah krn dia suka carik tikus....bila dh dpt tikus..dia belasah secukupnya...
mase tu aku dpt rasakan dia mmg hero.....!

suatu hari.....
ak nmpk dia muntah.....dlm hati aku dh cukup takut kalo2 kucing ni kena racun... sbb dia dah mkn tikus yg dh terkena racun tikus...kesian pulak kat miau ni...dia nmpk cengkung...

dua hari...
kucing ni dah tak muncul2...

tiga hari...xnmpk batang idung..
mn pegi kucing ni???

sah dah....dia dah mati.....
aku sunyi....aku dh xdapat membebel kt kucing ni diwaktu aku kesunyian
aku dh xdpt nk goreng nasi kt dia (yg dcampur mcm2 jenis,udang kering,ikan bilis,dan ape je yg ade dlm peti sbb ikan dah xde stok nk bg kt dia.hihi)

aku sedih..mama pn sedih...tiap kali mknn xabes...xde dh yg nk habiskan mknn tu....
tp aku still jgk simpan kepala ikan yg xabes tu....mn tau kucing tu masih hidup....mn la tau kn....?

pagi esoknya....
kucing tu ada kt tangga dapur!!!!!! hidup lg rupanya dia....... =)
aku menghembus nafas lega....
terus mama bg kpala ikan yg aku simpan tu kat miau...hehe




Tuesday, December 7, 2010

Thursday, December 2, 2010

(gambar sekadar hiasan)

Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan..
yang bukan untuk diagung-agungkan...
Begitu juga..
janganlah memandang keburukan suatu kebodohan atau kecelakaan..
Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita..
Kerana kedua-duanya adalah anugerah Tuhan...

teringat aku kenangan itu....


~Techno Day~
Dataran keris, alor gajah, melaka.

Best juga pengalaman berniaga di dataran keris waktu itu.... SimplyBio Sdn Bhd sedia menjual jual yogurt blended ngn chrispy tempeh ..buat sendiri tau...yogurt ngn tempeh ni menggunakan fermentation process.. sume barang yg kami jual sume kami wat sendiri..ade yg jual sabun mandi, syampoo, sabun kete, lilin, mknn, minuman.. n mcm2 lagi...
walaupun penat... tp kenangan waktu itu sgt berharga...ada la juga pengalaman
utk berniaga kan... techno day kali ni bertempat betul2 di tgh2 bandar alor gajah..risau la jgk mula2 tu sbb kitorang first batch yg wat kat luar drp micet.hihi...syukurlah segalanya berjalan lancar....
walaupun yogurt blended dan chrispy tempeh habis dijual...tp kami xdapat pn keuntungan...hehe mksdnya something wrong la disitu.. biasa la..first time berniaga kan... xsemestinya dpt untung terus..lgpn jual dlm beberapa jam je..hihi...
alhamdulillah segalanya selesai dan berjalan lancar.....
terima kasih segala kenangan yg tercipta...

sgt sibuk menguruskan gerai masing2....

diorang jua kek...hehehe...best... (slurrpp yogurt blended kami..mcm sedap je nmpk?)

terima kasih kerana mengunjungi gerai kami...hehe

sungguh molep kak dio promote chrispy tempeh

~slurrppp...arghh..sedapnyo...strawbery yogurt blended~


gerai kami...kebersihan mesti di jaga...yeaaahhh

goreng aje....goreng....goreng....

penat berdiri...aku duduk....naik jemu duk ngadap tempeh..nasib baik abis...hihi

urusan jual beli...

~yogurt blended&chrispy tempeh~

putri nur adlina... istimewa di hati kami...




klik@chengHo expo

Best jgk expo cheng ho baru2 ni...tp sedikit kecewa sbb lupe nk bwk kamera time pegi tgk pameran sejarah cheng ho.. byk jgk la yg boleh dikongsi... yg paling best... dpt tgk quran terpanjang... n tgk org ngurut pakai api..hihi...persembahan acrobats aku xtgk..xminat..hik3
selain drp sejarah cheng ho menyebarkan islam ke tanah melayu, byk gerai2 yg menjual barangan dr china.. dan jgk gerai2 yg menjual brg2 drp kelate pn ado jugop..yg paling tertarik adalah pasal dinar dan dirham.... untung juge rupanya kalo menggunakan duit dinar ni... hah...ada jugak dipamerkan barang2 yg menggunakan logo halal sah ke tidak oleh jakim... byk juge la sedikit sebanyak pengetahuan yg aku dapat drp expo cheng ho ni..

Kebetulan pula time misS anom ajak aku teman pegi expo lagi lps tu....hah..time ni aku bwk kamera...tp dpt bergmbar di gerai klik aje..hihi.... malas dah nk pegi lagi kt pameran yg dh pegi just stakat amik gmbr...tp rugi pulak rasa xdpt dikongsi dan dibuat kenangan......
tp kenangan di klik memang best!



me and Na'imi Hj Muhammad photographer

isteri dan anak2 yg cumel~Topeng Perak Unmasked photographer

saya paling suke pic yg ini.... credit to na'imi

klik,klik and klik....

me and uncle baGio photographer ~kopiah dia cantek-buat sndiri katanya =)

~behind the scene at klik studio~

cantik juge...misS jack amik gmbor pakai hp mahal tus...

background blakang tu cantik juge... =)

miSs anOm ngn uncle kopiah pelangi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...