Wednesday, April 29, 2009

Ape yg aku fikir??


Semalam, Selasa, tepat pukul 15:35:07 pm aku dpt satu msg dari seseorang yang mengatakan dia akan berkahwin pada tarikh keramat 7 julai 2009. Aku sedikit tersentak dengan khabar berita yg tak disangka2.. Walaupun hakikat sebenar aku bukanlah syok sgt kat dia..tp dulu dia pernah bg harapan kat aku..Walaupun sebenarnya harapan tu aku buat endah tak endah jer...hehe.. Rupanya dia kahwin atas dasar keluarga yg jodohkan...alhamdulillah tu adalah jodoh dia... semoga itu adalah terbaik utk dia.. Time tu aku betul2 terfikirkan dgn seorang lelaki yg aku dambakan dari dulu lagi walaupun aku tahu aku langsung tidak layak utk dia..dia da byk beri harapan utk aku secara langsung atau tidak...dah byk dia tlg aku...dari dulu smpai sekarang..aku sgt menghargai pertolongan dari dia.. Mungkin dia anggap aku adik..dan mungkin tidak??tp perhubungan kami tergantung mcm tu jer..dan semua ni tak patut berlaku kerana aku akan melukai hati sahabat aku sendiri kalo perhungan kami menjadi realiti..tak mungkin... tp yg pasti dia yg dulu bukan lg dia yg skrg...Dan aku pasti suatu hari nnt aku jugak akan dpt msg yg sama seperti yg aku dpt semalam yg menjemput aku ke majlis perkahwinan dia..

Moral value: Jgn percaya sgt cakap lelaki..huhu.. konon nak tunggu laa... tp last2 kawen ngn org lain..satu lagi, benda sirius ni diorang anggap main2 jer.. tapi mungkin kematangan kita yg dpt membezakan mane yg serius atau tidak...hurmm...takotnya..~~

Friday, April 24, 2009

JB-tinggalkan kenangan yg hebat-







L.I da nk tiba ke penghujung...
sedih pulak rase di hati..
nk tinggal kan JB ni..
walaupun byk pahit getir aku hidup kt JB ni..
Kenangan manis tetap terpahat di hati...
Terima kasih untuk wani sahabat ku susah senang kt dunia baru ni..
Terima kasih buat teman2 sekerja aku... kak ekin, kak hajar, kak pida..dan lain2..
terima kasih byk2... utk manager yg 'kepeluhan'-miss ng-..terima kasih byk3..(sbb buat aku mcm kuli)
utk supervisor yg byk mengajar aku erti ikhlas bila bekerja (cik nah),,terima kasih daun keladi.. aku doakan cik nah cepat sembuh sbb cik nah mc sbb eksiden..
'Sunward Pharmaceutical mmg hebat!'
byk benda aku belajar.. perit kena kutuk,kena marah,dimalukan, sume ada...
biase la asam garam kehidupan..
Dan kt JB ni mmg best..
mcm3 org blh jumpe.. (ada yg pakai baju nampak dada tp pakai tudung litup).. biase dah tu...
babai danga bay, city square..angsana,kip-mart, larkin,jusco tebraun etc..(xde ape sgt pn,,sory org JB) heehehe...tp JB tetap best!!

Tuesday, April 21, 2009

Pesanan buat semua..


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) -

Sunday, April 19, 2009

Andai ku pergi..

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung

Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya..
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

ADAB MENDENGAR AZAN



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasaazan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.


Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah'Lailahaillallah. ..' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. aminYarobbala'lamin. ..' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..

Saturday, April 18, 2009

Berita-UniKL

KUALA LUMPUR: Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan.

"Tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. Umpamanya, Mara kita kembalikan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

"Lagi pun, menterinya sekarang seorang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Takkan dia tidak boleh diharap melaksanakan program Mara," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan MeCD tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan cekap.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri berkata, agensi itu ditempatkan di bawah JPM berikutan keputusan terdahulu untuk mewujudkan Lembaga Pengangkutan Kebangsaan yang merentasi pelbagai kementerian.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan belum dibuat mengenai Menteri di JPM yang bertanggungjawab menerajui badan baru yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

Thursday, April 16, 2009

Antara wasiat Imam Hassan al-Banna




Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.


  • Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

  • Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

  • Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...