Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu...


Sempena hari ibu 10 Mei ni..aku nk ceritakan sesuatu..
sebagai pedoman utk ku dan juga teman2...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul pn..)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Cerita ni..selalu dijadikan cerita sbg peringatan utk si anak... betapa besarnya pengorbanan seorang emak kpd anaknya... yg tidak ternilai harganya...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya....

Ya Allah..kau panjangkanla usia kedua ibu bapaku...
yg telah menjagaku dari kecil sampai skrg...

Khas buat ibuku tersayang..
Selamat Hari Ibu..Kakak sayang mama...!!

4 comments:

Niena_Ismail said...

Sdih syiot.... Tulah budak2 skarang ni semuanya nak minta upah.
Hati ibu tak pernah nak ambil kira.
Skarang akak dah jadi ibu, barulah akak faham perasaan mak akak.
Semoga Paroh jadi anak yang baik dan berjasa...

rindu madinah said...

huhu..terharu siot komen dr seorang ibu...thanks..
semoga kita tak lupa jasa bonda...
amin...

esty honyiest said...

sayu bc komen dr seorang ibu..kdg2 kite x tau rasa ibu tu sendiri..tp bile lihat seorang yg sebaya kita yg jd ibu..mesti terfikir pe kan jadi pd kita..adkh spt kawan kita itu @ spt ibu kita...
yg penting..jadilah ibu terbaik pd ank yg baik..!!!
selamat maju jaya kawanku..jua sahabatku...
rindu madinah!!!!

rindu madinah said...

tp kalo difikir-fikir..sempat ke tak aku merasa jd seorang ibu..kot2la umur tak panjang kan..huhu tp yg penting semoga kita akan jd ibu yg tabah, cekal, dan jiwa kental mcm ibu kite skrg ni kan...insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...