Sunday, June 21, 2009

INFO KESIHATAN - Breast Cancer


Selalunya org malu utk membicarakan soal masalah dalaman yg selalunya dihidapi oleh kaum hawa..termasuklah pasal breast cancer ni..tp igt..lelaki juga mempunyai peratusan utk menghidap cancer ini..so kt sini adalah maklumat penting yg harus di baca.. tak usahlah malu..pengetahuan ini sgt berguna.. kita xtahu ape nasib kita yg mendatang.. skrg ni, kita duk bace paper @ mane2 berita kt tv pasal org kena penyakit ni, kita xtahu lagi nasib kita di kemudian hari..nauzubillah...
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).

Walaupun mereka yg lebih muda drp 35 tahun jarang sekali menghidap barah payudara, namun kita juga perlu prihatin terhadap tahap kesihatan payudara kita. Fakta mengatakan bahawa sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko utk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% drp kelainan payudara bukanlah barah!
Bagaimana anda tahu adakah anda ada kanser payudara??
Payudara
Perubahan saiz dan rupa
Lekuk pada kulit
Ketulan atau penebalan
Puting
Puting berdarah (jarang berlaku)
Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
Puting tertarik ke dalam
Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.
Lengan
Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak
Rasa Sakit
Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.


Biasanya, pemeriksaan pengimejan yg pertama utk wanita yg mempunyai gejala benjolan ataupun ketulan adalah pemeriksaan ultrasound. Tp, apabila barah payudara disyakki, usia bukanlah halangan utk pemeriksaan diagnostik mamografi.

So, utk langkah awal, ketahuilah serta kenalilah payudara anda.. lakukan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara). Ianya harus dilakukan apabila seseorang individu mencecah usia 18-20 tahun. Bg kaum hawa, ianya haruslah dilakukan selang 3 hari slp berakhirnya haid(setiap bulan). kaum lelaki @ wanita yg dh monopos harus lakukan pd tarikh yg sama setiap bulan.

Namun begitu, usahlah lah anda risau.. kelainan payudara selalunya bukan kanser. Namun begitu, sekiranya anda mendapati ada sesuatu yg tidak kena pd bahagian payudara anda, jgn lah berlengah. Berjumpalah dgn pengamal perubatan dgn seberapa cepat yg mungkin...

2 comments:

esty honyiest said...

doaku sentiasa mengiringi mu wahai temanku...

rindu madinah said...

doaku mengiringi mu jua...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...