Friday, January 14, 2011

Pemilik cintaku.. Setelah Allah dan Rasul


Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya
Kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki
Di mana Allah untuk menjaga kita...

Kata2 di atas ditulis oleh seorang sahabat sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke 23 di dalam sebuah buku karya Fatimah Syarha Mohd Noordin "PEMILIK CINTAKU Setelah Allah dan Rasul".
Kata-kata ini sgt mencuit hatiku walaupun aku tidaklah sehebat itu...
tapi..akan ku cuba utk menjadi seorang perempuan yg dijaga oleh Allah..dan dicintai Rasulullah...
terima kasih teman...

"PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL" telah membuka mindaku tentang erti kehidupan sebenar sebuah perkahwinan. Walaupun buku ni adalah bingkisan istimewa buat pengantin baru..xsalah rasanya untuk membuat persediaan awal untuk itu... semua orang akan menempuhi alam perkahwinan, cuma kita xtahu bilakah jodoh kita..dan siapakah si dia yang bakal berkongsi hidup dgn kita telah tercatat di lohmahfuz =)

terima kasih teman...di atas hadiah istimewa ini... ~


di sini aku highlightkan bingkisan yg menarik perhatianku =)

~Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar
MAKSIAT, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya. Nauzubillah! (m/s 2)

~Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan MAKSIAT, sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pn tercatat di loh mahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaanya. Namun tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehahkanlah dirimu..(m/s 72)

Aku bukanlah seorang perempuan yang cukup baik peribadiku utk aku menulis tentang ini.. aku sering berbuat dosa...imanku cukup rapuh untuk menepis nafsu amarah.. terutama bila berbicara tentang couple..hatiku mudah goyah..
Doaku agar diberi kekuatan iman...
Doaku diberi petunjuk untuk memilih kehidupan yang lebih sempurna disisi Allah..
Doaku agar aku dpt mencontohi hidup si penulis Fatimah Syarha Mohd Nordin yang hidupnya..peribadinya...sentiasa mencontohi sunnah Rasullullah S.A.W.....amin



2 comments:

qaseh said...

x tau nk tulih gapo..moga memiliki sesuatu

rindu madinah said...

mksud memiliki sesuatu tu ape ye cik qaseh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...