Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha...

" apabila tibanya eiduladha, ramai tertanya2 apa yang patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk Islam..." Hassan Al-Banna...

Sesungguhnya aidiladha tahun ni melakarkan sejarah untuk hidupku...
Tahun ni sangat berbeza daripada tahun2 lepas kerana mama dan papa berada jauh di mekah al-mukarramah...menunaikan ibadah haji...
Sesudah presentation untuk final year project, kami bersama2 mengemas rumah sewa dan barang2 untuk di bawa balik. Sesungguhnya ini adalah hari terakhirku di Micet untuk diploma sebelum aku ke JB untuk industial training. InsyaAllah aku ke Micet lg untuk sambung degree..amin.
Lps kemas sume barang2, aku drive kete ke KL (rumah abg) dgn ropi dan hajar. Keesokan harinya, drive kete pulang ke kelantan (follow abg) untuk menyambut hari raya korban. Mama call dari Mekah untuk bertanya khabar.. Aku sentiasa doakan mama dan papa selamat di sana dan mendapat haji mabrur. Perjalanan mengambil masa 14jam sbb jln jem teruk. tambahan pula byk eksiden di kiri kanan jln dan tanah runtuh. Ramai betul org kelantan ni..(Ni yg aku kagum dgn anak jati kelantan, ape2 hal, raya mesti balik walaupun cuti sehari..) Sampai di masjid gua musang, air mata aku menitis laju disaat dahiku bersujud di sejadah.. Gua musang adalah kampung kedua ku..selepas bunut susu. Dah berbulan2 kami berada di gua musang. Di masjid ni lah aku dan mama sama2 bersolat terawikh..di saat ini air mataku tidak henti mengalir... aku sayang mama dan papa..aku harap mereka selamat di sana...
Sampai di rumah..air mataku menitis lagi...sepanjang hayatku.. aku tidak pernah melihat rumah ku sesepi hari tu...seolah rumah tinggal yang tidak berpenghuni...tanpa mama dan papa.. rumah ini sepi, sunyi, kosong.. aku rindu... aku tinggal bersama atuk dan nenek... tidak sanggup untuk tinggal di rumah sendiri tanpa mama.. Di pagi raya, aku tidak biasa dengan keadaan ini, sewaktu aku nk ion baju, tersilap panggil atuk aku mama.. "ma, sterika duk mano?" sekali lagi air mata ku menitis...selalunya ape2 hal aku tanya mama, tp...mama jauh...
Mama selalu call..menyatakan khabar berita.. di saat menanti ibadat kemuncak haji di padang arafah, aku mendengar tangisan gembira mama... mama call lagi sewaktu di mina.. kali ini aku mendengar suara papa pula.. papa kata mereka selamat di sana..
Hari raya tahun ni sungguh berbeza...korban kt umah atuk tahun ni untuk 13 ekor lembu, tp hari raya pertama untuk 6 ekor, seterusnya dilakukan untuk hari raya ketiga.. walaupun hari hujan, penyembelihan lembu tetap di teruskan..sekali lagi kagum aku untuk anak kelantan.. hari raya korban sangat bermakna dan meriah berbanding raya puasa...
Aku gelisah bila mereka tidak menghubungi aku...Hari raya kedua, sewaktu makan bersama atuk ngn nenek, papa call kata org ramai di jamarat untuk melontar, mereka tidak jd melontar waktu itu, dan mencari waktu yg sesuai untuk melontar..aku doakan mereka selamat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...