Thursday, July 30, 2009
stage baru anak buah kesayanganku...
H1N1 semakin merebak...
selepas ramai budak2 yg kena kuarantin dlm bilik khas...
kami diarahkan mengosongkan micet sebelum pukul 12 tghari 30/7/09
aku cepat2 pegi cari tiket ketapi...
maklumla..dlm keadaan terdesak mcm ni...
takot jgk kalo2 tiket abes...
yg parahnya...org yg kena kuarantin adalah org yg aku kenal...
tak sangka plk k.ah kena kuarantin..
pastu rupanya hajar ngn mila demam kuat tp xde sape yg tau...
nasib baik aku pegi melawat diorang..
tgk diorang terbaring dlm kesejukan..
badan diorang panas mcm kena panggang..
aku terus pegi report dekat fellow...
fellow terus pegi hantar hajar ke hospital
dan mila plk mak ayah diorang amik..
tp yg parahnya.. hospital alor gajah n tampin dipenuhi org yg demam suspen H1N1..
Last2..hajar pegi klinik swasta..
tp nasib baik hajar xkena kuarantin...
dan dibenarkan pulang..
kami balik naik ketapi..
sbb hajar demam, aku pilih tiket ketapi kt coach tempat tidur..
sampai rumah,
aku dpt berita dari hajar yg mengatakan hajar dikuarantin di rumah...
sbb dia disuspek H1N1 oleh hospital pasir puteh...
aku terus tnya khabar mila..nasib baik mila dh semakin o.k..
k.ah plk..masih dlm kuarantin dlm bilik kt micet..
kesian plk..dia kata demam dh semakin pulih tp dia ttp masih belum blh keluar...
aku hasut k.ah suruh curik2 balik je...hehehe...
semoga semuanya kembali tenang...
dan BEBAS H1N1...amin...
Tuesday, July 28, 2009
disebabkan sebiji burger mcD
disebabkan sebiji burger.. aku telah lukakan hati seorang kawan..
cerita ni bukan utk diheboh kan..
cuma untuk dijadikan teladan...
utk aku dan kawan2....
wah..mcm puisi pulak...
tadi..lps magrib..
wani ajak aku p drive tru mcD..
jauh jgk..sbb kwsn alor gajah xde drive tru.. (buek malu ajo)
xpela..demi sebiji mcD kami sanggup p redah highway ke ayer keroh..
dlm perjalanan balik ke micet...
aku baru teringat..
aku dah terlupa dgn kwn2 aku yg dah lama aku knl.. susah dan senang...
hajar and mila... aku minta maap sgt2...
disebabkan kami dh tak satu bilik...
aku pergi tanpa tanya kt diorang da mkn ke belum...
balik baru aku teringat...(kwn yg tak guna)
time balik tu aku msg hajar..tnya da tido ke belum...
(dlm hati nk tebus kesalahan....xtau nk susun ayat mcmn)
sbb aku mmg tak teringat..
kebetulan masa aku tgh bawak bekas air mcD...
Terserempak dgn hajar yg tgh pegang buah rambutan nk bg dkt aku...
(betapa baik nya org lain buat kt aku...tp aku????)
aku dgn tak tau nk ckp mcmn..
aku luahkan perkara sebenar...dan minta maap..
tu je yg mampu aku buat...
air aku menitis laju...
-tamat-
moral value: jgn jadi kwn yg jahat mcm aku..
alamak..baru aku teringat..aku lupa nk bayar duit mcD td...adusshh..
Thursday, July 23, 2009
Walaupun kelas feqah..tp yg dibincangkan dah terkeluar dari tajuk..hehe..
Antara pointnya adalah...
Apakah kelebihan kita sbg ummat nabi muhammad (S.A.W)??
1) mukjizat al-quran
2) mendapat syafaat.. maknanya bila mizan nnt.. nabi akan tolong kita...
3) tidak dijatuhi on da spot hukuman bila kita buat silap..ditangguhkan sampai mati..
di akhirat nnt..ye la.. org dulu2 kan... kalo buat kesalahan terus dijatuhi hukuman oleh Allah..
Betapa untungnya kita kan...menjadi ummat nabi muhammad (S.A.W)..
sama2 lah kita berselawat ke atas nabi s.a.w..
sesungguhnya...
"tiada tuhan melainkan Allah, nabi muhammad pesuruh Allah.."
point seterusnya.. aku tertarik dgn cerita dia tentang adik ipar rasulullah..
yg bernama ASMA' ABU BAKAR..
Asma' adalah kakak aisyah (isteri nabi)
Ketika Asma' sarat mengandung.. dia masih lagi kuat semangatnya utk berhijrah dari kota mekah ke kota madinah.. dan di madinah dia telah melahirkan anak nya yg bernama Abdullah bin Zaid. iaitu anak pertama selepas hijrah...
Asma' ni pemurah orgnya..mahu mati disaat tiada harta, maknanya miskin papa kedana laa... semua harta disedekahkan kpd org yg berhak...baguskan..
kepada org yg bernama Asma' atau yg namanya tiada kaitan ngn asma'..jd la seperti asma'..hehe
nnt aku nk taruk name anak aku asma' laa..hehe..
Wednesday, July 22, 2009
kata doc..kicap diperbuat dari...
kekusutan menimpa diri...
H1N1??
demam+selsema+batuk sgt merimaskan...
member aku cakap ntah2..H1N1..kwang asam...
tapi dlm hati risau jgk..sbb aku baru balik dr kg.. datang cni nek train..
dlm train tu mcm2 org yg ade...
dsbbkan desakan member2..aku pegi check kt hospital..
siap masuk kt emergency case lagi..wahaha...
doc kate suhu badan aku tinggi sket.. paru2 aku normal..dan yg lain sume normal...
dan..alhamdulillah dijauhi dari H1N1..hehe...
dan hari ni..aku baru je betul2 baik dari demam..
Saturday, July 18, 2009
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya:
Nikmat yg berbeza..haha
Betapa nikmatnya makan buah manggis...haaaahhhhh..best.....
TAPI.. Nikmatnya berbeza bila kita makan buah manggis di bawah pokok manggis...
waaaahhhhh....sgt freshhh....best2....
Semalam..aku ngn adik pegi kait buoh manggis...adik aku kt atas pokok.. aku carik buoh kt bawoh pokok..banyak yg masuk dlm mulut daripada masuk dalam bakul...hahaha...
Nasib baik boleh ponteng minggu induksi..di sebabkan terlalu boring xtau nk wat ape.. n nafsu nk makan buah manjadi-jadi.. aku balik kg. aje... melaka ngn klate rase macam kt kg. sebelah menyebelah aje..hehehe.... x rugi balik oiii.....!!
Monday, July 13, 2009
kembali ke micet...
Wednesday, July 8, 2009
Cerita menarik utk di ceritakan...
Location:kg kiat,bunut susu